Klinik Ahlan 24 Jam Seberang Takir merupakan klinik perubatan swasta yang dimiliki oleh Syarikat Baarakah Brothers Sdn Bhd yang ditubuhkan melalui Akta Pensyarikatan Malaysia dan didaftarkan mengikut peraturan Cawangan Kawalan Perubatan Swasta (CKAPS), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu. Tujuan klinik ini ditubuhkan adalah bagi menyediakan perkhidmatan perubatan bagi masyarakat setempat.
Visi, Misi & Motto
Menjadi sebuah organisasi perkhidmatan kesihatan yang holistik, berpakar dan menggunakan rawatan yang berteknologi terkini untuk kesejahteraan masyarakat.
Menyediakan perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh meliputi semua cabang kesihatan.
Mewujudkan fasiliti yang menyediakan rawatan dan perkhidmatan berpakar.
Menyediakan prasarana yang berkualiti sesuai dengan arus perkembangan teknologi terkini dan keperluan semasa.
Memperkasakan masyarakat dengan pendidikan kesihatan bagi melahirkan masyarakat yang cakna, sihat,dan sejahtera.
Menyediakan fasiliti yang kondusif, mesra, selesa, dan patuh syariah.
Always Care, Always Here